©Hakcipta Terpelihara

KPD hambe allah~...........
terima kasih krn sudi sinngah .......di blog sy.......semua kisah_xseberape ne ade lah kisah benar dlm hidop sy ...dan ade sy masuk kan kisah kwn2 sy....tuk menjadikan iktibar

Sebarang petikan atau penyiaran semula mana-mana bahagian dari kandungan blog ini, tanpa dimaklumkan dan mendapat keizinan secara bertulis dari penulis blog ini, merupakan satu pencurian dan penciplakan.

Keizinan boleh didapatkan dengan menghubungi penulisnya melalui email.

Wednesday 18 April 2012

patut dibaca oleh semua kaum wanita



             
 SMS di bawah sengaja ditulis oleh seorang penulis lelaki. Cuba menceritakan dari sudut           pandangan lelaki untuk kebaikan semua muslimah supaya tidak dirosakkan dengan mudah oleh kata-kata manis! Moga Allah pelihara anda semua daripada hal yang tidak dingini berlaku.
1. Salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..


7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!


9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..


12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…


16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...


18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?



BERMULA ZINA YANG SEBENAR.
***
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg *****!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang.. 


Monday 7 November 2011

lampu isyarat mase hadapan!!! gempak siot!!

Dibawah ialah konsep lampu isyarat LED yang boleh diubah mengikut situasi. Lampu isyarat paparan LED ini hanya mempunyai satu skrin yang berfungsi seperti lampu isyarat biasa. Dalam situasi tertentu lampu paparan boleh diubah untuk menunjukkan laluan kecemasan, jalan ditutup dan penunjuk laluan khas bas. Ianya hasil rekaan Dennis Van Melick seorang pelajar rekaan perindustrian dari Belanda. Sunguh gempak.!!!!



Friday 21 October 2011

SEJARAH DAJJAL

Dajjal diaktakan sudah dilahirkan sezaman nabi musa (jika x silap). sejak kecil lagi dajjal sudah blh berckp, sehinggakan puak dia mmengatakan dia adalah anak tuhan. oleh kerana dajjal selalu membuat kerosakkan di kampung die tinggal, dia dihalau keluar dr kampung. semasa mengembara, dia ditemani oleh syaitan, dan syaitan lah yang menyuruh dia berbuat kerosakkan. lalu Allah memerintahkan malaikat jibrail ( kalau x silap) untuk membawa dajjal ini ke sbuah pulau yg tiada penghuni untuk mendidik dajjal menjadi manusia yg baik dan baeriman. oleh kerana malaikat jibril

datang hnya 1 bln skali (kalau x silap) dan syaitan setiap masa melawati dajjal, dajjal sukar dibentuk lalu terlepas dr pulau itu melalui bantu syaitan. syaitan juga mengajar dajjal sihir2. oleh kerana sihir2 itu, dajjal mempunyai pengikut. dan dikatakan juga bahawa samiri itu sebenarnya adalah dajjal kerana kehebatannya menggunakan sihir. lalu selepas dihalau oleh nabi musa, dajjal dan pengikutnya ke sebuah pulau untuk menuntut dengan syaitan agar kehebatan sihir nya meningkat. tetapi belum smpat dajjal menguasai ilmu itu lebih mendalam, Allah memerintahkan jibrail merantainya di pulau itu. ada yang mengatakan pulau itu di segiti bermuda. sebelum dirantai, dajjal sempat mengajar pengikutnya sihir2 tertentu dan ideologi2 dajjal untuk membuat persiapan untuk die kluar kembali.

antara ideologi dajjal:

1-membuat bangunan tinggi2. hal ini kerana jika sesebuah rumah itu membuat maksiat, maka malaikat tidak masuk

kedalah rumah itu. bayangkan jika rumah yg membuat maksiat itu di tgkat 4. bagaimana malaikat mahu masuk kerumah

tgkat 3,2 dan 1 jika tigkat 4 penuh dngan maksiat. bagaiman bumi nak mendapat rahmat?

2-memecah belahkan umat manusia. masih ingt strategi devide and rules?

3-membuat bangunan piramid di kawasan2 tertentu. piramid @ segitiga melambangkan punca tenaga negatif, dan kubah @ bulat punca tenaga positif. bayangkan jika bnyak piramid dibuat di seluruh dunia, maka bnyklah tenaga negatifkeluar.

apa2 pon, ini hanyalah cerita yang diceritakan dan aku kongsi untuk rujukan sebagai ilmu, bkn sebagai kitab yang wajib dianuti. wallahu'alam. yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari hamba yang keji ini.

Wednesday 5 October 2011

Pembinaan Gereja Terbesar di Selangor Guna Tanah Rezab Melayu ??

Satu tuduhan melulu mengenai pembinaan gereja terbesar di asia telah dilontar oleh Razlan Rafii, seorang ketua pemuda UMNO bahagian Seputeh.

Kenyataan Razlan melalui laman sosial twitternya adalah seperti di bawah;


Razlan dalam twitternya berkata, tapak pembinaan gereja terbesar di Selangor yang juga terbesar di asia adalah dalam kawasan Kinrara, merujuk kepada kawasan di bawah tanggungjawab YB Teresa Kok.

Tuduhan Razlan seolah-olah kerajaan PR Selangor telah mengambil tanah rizab melayu untuk dijadikan sebuah gereja terbesar di asia. Ini adalah satu tuduhan yang sangat serius! Sudahlah dituduhnya kerajaan PR ambil tanah rizab melayu, dituduhnya pula tanah tersebut untuk pembinaan sebuah gereja. Tajuknya yang boleh mengganggu keharmonian penduduk berbilang agama di Malaysia - Tanah hak milik kekal melayu dijadikan gereja oleh kerajaan PR ?

Adakah tuduhan ini berasas ? Atau main hentam sembrono sepertimana UMNO membaling batu sembunyi tangan? 

Sebelum saya meneruskan dengan lebih terperinci, persoalan yang harus difikirkan ialah ketika mula digazetkan tanah rizab melayu selepas penjajahan british berapa jumlahnya? Sekarang berapa pula bakinya? Siapa memerintah selama ini yang membenarkan tanah rizab hilang begitu banyak tanpa diganti? 

UMNO sebenarnya masih tidak percaya betapa rakyat telah mengetahui siapakah yang bertanggungjawab menjadikan tanah rezab melayu berkurangan hampir separuh jumlahnya selama jubli emas pemerintahan UMNO.

Justeru itu, ingin saya menjawab balas tuduhan seorang ketua pemuda bahagian yang sepatutnya saya tidak perlu melayan. Tetapi oleh kerana melihat tuduhan ini sebagai sesuatu yang sangat serius hingga membolehkan mereka yang tidak punya maklumat akan memandang busuk kepada Pakatan Rakyat, maka saya jawab dalam bentuk point;

1. Lokasi Bukit Jalil - Kuala Lumpur

Tuduhan yang mengatakan tanah tersebut adalah dalam negeri Selangor di Kinrara adalah sangat tidak tepat. Sila lihat peta 1 dan 2 di bawah;

Peta 1 - Selatan Kuala Lumpur

Lihat tanda bintang berwarna biru, itulah kedudukan gereja terbesar Asia. Ia termasuk dalam peta Kuala Lumpur bahagian selatan.

 Peta 2 - Map dari laman web CCC sendiri

Dengan dua peta di atas, boleh buat perbandingan yang menunjukkan kedudukan gereja terbesar asia adalah terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan PR melaksanakan projek gereja terbesar asia yang menelan belanja ratusan juta ini di dalam kawasan persekutuan ? Siapakah yang meluluskannya jika bukan DBKL? atau Menteri Wilayah ??


2. Tanah rizab melayu ?

Jika tanah asal tapak pembinaan gereja ini adalah tanah rezab melayu, maka kemarahan rakyat terhadap BN sepatutnya akan lebih parah. Tetapi fakta tetap fakta, tidak disembunyikan dalam pendedahan ini. 

Tanah tapak pembinaan gereja tersebut adalah di bawah zon antarabangsa. Untuk pengetahuan, salah satu bangunan antarabangsa yang berhampiran dengan tapak gereja terbesar asia ini ialah Bangunan AFC. Namun begitu, tidaklah pihak saya mendapat kepastian apakah status tanah zon antarabangsa di Bukit Jalil ini samada asalnya adalah salah satu tanah rezab melayu yang hilang tak berganti. Ini kerja UMNO ?


3. Kelulusan pembinaan.

Tuduhan Razlan dalam akaun twitternya juga meleset apabila ia bermaksud projek pembinaan gereja terbesar asia ini adalah di bawah kelulusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Sekarang mari kita lihat apakah benar bagai dikata;

Lihat kenyataan di bawah yang saya petik dari sumber yng DIRAHSIAKAN
The stamp duty for the property purchase amounted to slightly over RM 1 million. Our application for a stamp duty exemption was initially turned down because the Calvary Convention Centre was viewed as a profit making project. We made an

appeal and explained to the authorities what the convention centre will be used for. The Lord favoured us once again and the authorities granted us a 50% stamp duty exemption.
Praise the Lord. The development plans for Calvary Convention Centre were submitted to the authorities for approval in April 2004. With great rejoicing, we received approval from the authorities in July 2005. This process took a mere one and a half years. According to people in the industry, to get approval in such a short time for a project of this size of Calvary Convention Centre is indeed astounding. Soon after the development plans wereapproved, we also received

approval from the tax authorities for the Calvary Convention Centre Building Fund to be tax exempt.

Rupa-rupanya kelulusan telah dibuat pada tahun 2005 lagi. Tidaklah mahu sata terperincikan siapakah yang meluluskan gereja terbesar asia ini. Fikir sendirilah parti manakah yang menang besar dalam PRU tahun 2004 dan menghadiahkan rakyat Malaysia sebuah gereja terbesar di asia. Hidup melayu !!

Jika anda nak lihat progress pembinaan, sila ke laman di sini . Anda boleh lihat bagaimana progress sebuah gereja terbesar asia terbina di bumi malaya di atas kelulusan pejuang-pejuang Islam bersongkok 3 jengkal panjangnya. Tarikh bermula pembinaan ialah 15 Febuari 2008 iaitu hampir sebulan sebelum rakyat Malaysia menunjukkan kebangkitan tsunami 8 Mac 2008 ! 

contract 'kick-off' pada tarikh 15 Febuari 2008

Mungkin satu upacara 'doa selamat', ia berlaku pada 15 Feb 2008

Apakah kerajaan Selangor di bawah MB Khalid telah terlebih dahulu meluluskan pembinaan gereja terbesar asia sebelum menawan negeri selangor ? Mungkin kita leka dan terlupa bahawa sebenarnya telah dijelaskan dalam perkara 1 - kedudukan zon antarabangsa Bukit Jalil bukan di dalam negeri selangor!


Cukuplah setakat 3 perkara saya jawab fitnah yang ditaburkan oleh seorang ketua pemuda bahagian. Saya jawab dengan fakta yang lengkap kalau pun kurang sempurna demi untuk menjelaskan kepada semua bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi puak-puak yang terdesak untuk menabur fitnah jahat demi secalit undi.  

Tanpa sedar, tuduhan liar sebegini bukan sahaja memburukkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat dengan perkara yang tidak benar, tetapi juga ia mengundang ketegangan antara agama jika tidak dibendung sebaiknya.

Seperkara lagi yang terakhir. Kalau benarlah gereja terbesar asia itu diluluskan oleh PR dan dibina dalam negeri PR, sudah tentu berita TV123 akan menyiarkan modal ini setiap hari hingga sampai detik pilihanraya. Tetapi pembinaan gereja terbesar asia ini sunyi dari diberitakan ke seantero malaya, apakah maknanya ? Adakah 'mereka' yang sebenarnya curi tanah rezab melayu untuk bikin gereja ??

dan ini adelah post yng email pada sy


Akhirnya gereja terbesar asia tenggara bakal siap tidak lama lagi. Tetapi tahukah anda sewaktu isu ini meletup satu masa dahulu, seorang ketua pemuda Umno bahagian Seputih merangkap timbalan Unit Media Baru Umno telah menuduh kerajaan Selangor menjadi dalang pembinaan malah turut menuduh Kerajaan Selangor melalui Teresa Kok menggunakan Tanah Rezab melayu untuk pembinaan gereja ini.

tulah kerja Umno, baling batu sembunyi tangan, mereka buat gereja paling besar asia tenggara dalam negara majoriti orang islam dan minoriti kritikal yang berugama kristian, tetapi menuduh ianya kerja orang lain.

LIHATLAH!! Tesergam indah pembinaan Gereja yang sedang dalam proses pembinaan di sekitar Negeri Selangor. Alangkah bertuahnya umat Kristian di Malaysia menikmati Rumah Ibadah sedemikian rupa. Salah siapa? Adakah ianya dibenarkan di dalam kriteria sesebuah Negeri yang penganutnya majoriti beragama Islam? Harus? Sunat? Ataupun Haram?
Mula Dibina: Dikatakan sejak tahun 2008 lagi
Kos Pembinaan: RM100 juta
Kos Tapak: 35 juta
Kapasiti: 5 ribu orang pada satu2 masa

Peta Lokasi


Tapak Pembinaan
Tema Pembinaan



Gambar Sepatutnya Jadi Bila dah siap


Apa kaitanya dengan Freemason...??

Misteri di sebalik Pembinaan



The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:


* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind


Persoalan kat sini...
* Mengapa perlu bina gereja yang grand2 besar2 kat Malaysia sedangkan banyak lagi negara kristian lain kat Asia tenggara ni??
* Mengapa Masjid Yang Banyak terbina Hanya di jadikan sebagai tempat perlancongan..contohnya Masjid Kristal??
* Adakah Malaysia ni sendiri Propaganda Yahudi Gak??
* dan banyak lagi persoalan2 yang lain...

Kalo Betul la propaganda ni...maka bermakna makin ramaila anak2 Islam kita akan Murtad kerana Islam Dan agama Lain Kat MALAYSIA ni Sepertinya telah sama taraf...

So..kita sebagai umat islam sejati..selamatkan lah diri kita dan keluarga kita..serta kawan2 kita daripada gejala2 murtad ni...

Thursday 29 September 2011

BAGAIMANA MAYAT YAHUDI DIKEBUMIKAN

Adakah anda tahu perjalanan pengebumian seorang mayat yahudi serta bagaimana mereka menjalankan majis pengebumian itu?

Untuk pengetahuan semua, sedikit info yang ana peroleh,kebanyakan orang yahudi nie tidak menyimpan mayatnya berhari-hari sebagaimana yang dibuat oleh agama Budha,Hindu,Kristian serta agama kafir yang lain.

Mereka hanya menyimpannya selama satu hari dan paling lama 2 hingga 3 hari.

PERSEPSI ORANG YAHUDI TERHADAP KEMATIAN

Bagi masyarakat yahudi,kematian dan acara pengebumian mereka adalah sangat private dan merupakan “family affair” sahaja

Kebiasaannya jika kematian berlaku ,amat jarang dihebahkan kepada sahabat handai serta masyarakat sekeliling,apatah lagi mengumumkannya dalam akhbar kecuali jika Si mati itu adalah Pembesar Synagogue atau pembesar Negara.

Jikalau tidak,mereka hanya menguruskan pengebumian itu dalam kalangan ahli keluarga mereka sahaja.

PERSIAPAN SI MAYAT

Mayat akan dibersihkan,dipakai bedak supaya wangi baunya serta rambutnya disikat penuh rapi dan didandan sekemas dan secantik mungkin kerana ini adalah “make up” yang terakhir sebelum dikebumikan.

Selain itu si mayat juga akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik-cantik dan kemas.
Selepas itu ,badan mayat akan disuntik dengan sejenis ubat yang akan mengeraskan tubuh mayat nanti.

KERANDA MAYAT

Keranda bagi mayat-mayat yahudi ini adalah amat berlainan sekali dengan keranda agama –agama lain.Kebiasaan keranda yang kita selalu tengok adalah keranda yang yang berbentuk segi empat tepat serta keranda itu diletakkan secara “horizontally”

Tetapi ,apabila mayat yahudi hendak dikebumikan,akan disiapkan sebuah almari cermin yang berdiri ( vertically )

Kemudian mayat akan didirikan di dalam almari cermin itu dan di diikat pada beberapa bahagian tubuhnya supaya mayat itu dapat berdiri tegak dalam almari tersebut dan mayat dapat ditanam secara berdiri ! Bukan seperti mayat-mayat agama lain yang mayatnya dibaringkan di dalam keranda..

KUBUR

Kubur yang disediakan untuk mayat yahudi tadi adalah sebuah lubang empat persegi dengan lebar kira-kira 2 kaki setengah dan dalamnya kira-kira 6 kaki..Berbeza dengan kubur islam yang ukurannya panjangxlebar xdalam=6x3x2

Ini kerana cermin almari yang digunakan sabagai peti mayat tadi akan ditanam berdiri tegak

WAKTU MENGUBURKAN MAYAT

Waktu pengebumian mayat dilakukan pada waktu senja .(kalau kita orang islam nie maybe wktu maghriblah ).Maksudnya pada waktu itu,apabila matahari terbenam ( tidak begitu cerah dan tidak terlalu gelap ).Kesemua kerja pengebumian mayat yahudi ini dilakukan dalam keadaan cahaya samar-samar..

Kalau kita perhatikan ,dalam Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya keluar rumah atau berada di luar daripada rumah pada waktu Maghrib kerana pada waktu ini Syaitan-syaitan suka berkeliaran.

Bahkan jika berada di dalam rumah sekalipun,kita disuruh menutup tingkap-tingkap dan pintu apabila waktu maghrib.Memang bangsa yahudi selalu melakukan perkara-perkara yang betentangan dengan perintah Allah.

KENDERAAN MAYAT

Kebiasaannya,mayat akan di bawa ke tanah perkuburan dengan menggunakan “special trailer” yang dapat mengangkut almari mayat tersebut dalam keadaan berdiri walaupun dalam kereta mayat..Kemudian,almari itu akan ditransfer ke sebuah trolley beroda dua ( biasa kita lihat trolley yang membawa PEPSI dan COCACOLA dari lori masuk ke kedai) dalam keadaan berdiri apabila sampai di tanah perkuburan.

PENGEBUMIAN



Di lubang kubur ,mayat akan dimasukkan ke dalam lubang kubur “vertical” itu dengan menggunakan tali.Apabila almari itu sampai ke permukaan tanah lubang tersebut dan dapat berdiri dengan tegak,maka akan disendalkan tanah-tanah di sekeliling almari tersebut supaya tidak mengiring atau memiring ke mana-mana hatta apabil lubang itu ditimbuskan dengan tanah!

Orang yang memasukkan mayat ke dalam kubur adalah ahli keluarganya sahaja dan proses pengebumian ini biasanya siap tak sampai dalam satu jam.

TAFAKUR OLEH KELUARGA SI MATI

Hanya ahli keluarga si mati yang digalakkan pergi ke tanah perkuburan.Orang yang tidak ada pertalian darah tidak digalakkan ikut bersama. Selain itu,tidak ada rabbi ( sebutannya berbunyi “rabai” =paderi yahudi ) yang turut serta untuk membacakan mantera atau talkin(dalam Islam) dan sebagainya kepada si mati.

Sebab itulah bilangan yang menghadiri pengebumian biasanya tidak lebih daripada sepuluh orang.

Kemudian, selesai pengebumian, anggota keluarga akan pulang ke rumah dan duduk dalam bulatan dan bertafakur mengingati mayat dan nasibnya di dalam kubur.Mereka akan duduk membisu ( bertafakur ) sepanjang malam hinggalah keesokkan paginya tanpa bacaan mantera .

Dapatkah sahabat-sahabat semua perhatikan batapa sirrnya ( berahsianya ) orang yahudi tentang kematian masyarakat mereka?Adakah kaum yahudi sangat takut diketahui orang tentang bilangan masyarakat yahudi yang semakin berkurang ( apabila kematian berlaku) hatta walau seorang sekali pun?

Selain itu,dapat kita perhatikan di sini betapa sombongnya mereka dengan Allah even walaupun sudah meninggal dengan menanam mayat secara berdiri .Mungkin ini melambangkan “ enggan tunduk” kepada tuhan Allah walaupun hayatnya sudah habis di dunia ini.

Apakah pandangan anda semua tentang cara pengebumian yahudi ini?

Wednesday 21 September 2011

50 Fakta Lelaki & Perempuan


1. Kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma lelaki yang menentukan jenis jantina bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan berat otak lelaki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.
7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
8. Wanita sangat selalu memikir masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan.
Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
10. Wanita kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.
Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan dan kiri lebih sedikit pada wanita.
Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
12. Wanita lebih baik indra baunya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor bau.
13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.
14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki
17. Pada saat usia tua wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebagian besar lelaki mengalami kebotakan.
Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).
18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 – 44 tahun.
20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.
21. pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang banding lelaki. suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.
23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.
24. Wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika dalam kandungan, lelaki terus mhasilkan sperma hingga usia tua.
26. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.
27. Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
28. Wanita biasanya 153 saat berada di toilet, laki-laki 113 saat.
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding lelaki yang berbicara gagap.
31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/ tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita menjauhi.
34. lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri banding lelaki setelah usia 65 tahun.
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.
38. Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri “Saya” berbanding lelaki.
39. Lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logik ) pada waktu bersamaan.
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan
pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki berbanding wanita yang meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung.
45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.
46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh lelaki, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.
48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

BAHAYA DAN RISIKO PERKAHWINAN DI ANTARA UMAT BUKAN-ISLAM DAN ISLAM HARI INI

                               Selama ini terdapat begitu banyak jumlah wanita-wanita yang telah saya  dimaklumkan berkahwin    dengan lelaki-lelaki Muslim (dan juga lelaki bukan-Islam menikah dengan wanita Islam), dan       saya juga mengetahui banyak kes-kes menyedihkan dengan terjadinya peristiwa-peristiwa        tragis yang telah menyusul di dalam kehidupan pasangan seperti ini. Itulah sebabnya saya mengkaryakan makalah ini. Saya berharap ia dapat dibaca dan ditelaah sedalam-dalamnya oleh       para wanita (dan juga lelaki) bukan-Islam yang sedang mempertimbangkan pernikahan dengan seorang Muslim atau untuk memeluk agama Islam atau kedua-duanya sekali, agar makalah ini dapat menimbulkan kesangsian dan kemusykilan di dalam diri mereka dan menyebabkan mereka memikirkan kembali hasrat tersebut, berdasarkan kepada fakta-fakta yang penting.
 
     Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini saya telah juga banyak berbincang dengan gadis-gadis yang telah menikah dengan orang-orang Muslim dan saya tanyakan  mereka apakah tindakan wajar yang harus kita lakukan atau yang mungkin boleh menghentikan tindakan mereka atau mengubah fikiran mereka. Setiap seorang dari mereka telah memberitahu saya, kononnya 'tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan' oleh sesiapa pun kerana mereka sudah begitu dilanda dan dilamun kegilaan jatuh cinta sehingga mereka sudah menjadi buta kepada apa juga risiko dan tanda-tanda amaran bahaya yang akan menyusul kemudiannya! Mereka telah terjerumus ke dalam perangkap ini yang telah mejeratkan mereka secara perlahan-lahan! Begitu malang sekali!
 
Jadi apakah ibubapa, sanak-saudara, sahabat handai dan pemimpin-pemimpin atau ahli-ahli gereja boleh dan harus lakukan untuk membantu seorang wanita (atau lelaki) Kristian yang sedang merancang untuk berkahwin dengan seorang Muslim?
 
1.  Yang pertama boleh dilakukan ialah untuk menjalin hubungan yang rapat dengan orang yang dalam keadaan itu dan menjadi pendengar yang baik.
Untuk ibubapa ini adalah sangat penting, terutama sekali jika anda tidak senang dengan hubungan atau tindakan-tindakan puteri atau putera anda. Apa yang anda harus lakukan ialah untuk berdiri di samping mereka dan menyayangi serta mengambil berat terhadap mereka. Apa juga tanda-tanda penentangan atau kritikan dari anda ada potensi membuat mereka lebih keras hati untuk meneruskan rancangan dan perhubungan mereka. Ambillah sikap terbuka dan mintalah mereka meluahkan perasaan-perasaan mereka yang sebenar tentang keadaan itu, kerana biasanya mesti terdapat beberapa keraguan di dalam hati mereka. Jemputlah teman lelaki (atau perempuan) atau tunang mereka ke rumah anda untuk beramah-mesra seperti makan bersama-sama, jadilah teman kepadanya dan cuba untuk mempengaruhinya. Jangan menahan diri dari bercakap mengenai kepercayaan agama anda.
 
2. Ramai wanita dan lelaki bukan-Islam memeluk Islam dalam keadaan jahil tentang Islam. Bantulah mereka memahami Islam dan budaya Islam, agar mereka boleh menjadi orang yang bermaklumat dan berhemah sebanyak mungkin apabila mereka perlu membuat keputusan nanti. Para pemimpin gereja, panatua-panatua (elders) dan ketua-ketua gereja yang lain hendaklah mendidik jemaat-jemaat mereka tentang bagaimana memahami Islam dan implikasi-implikasi keseluruhan yang timbul akibat memeluk agama itu, termasuk bagaimana untuk menangani implikasi-implikasi tersebut.
 
3. Berilah galakan kepada pasangan itu untuk memanjangkan proses pertunangan mereka untuk masa yang lebih lama lagi daripada mengurangkan masa pertunangan itu atau berkahwin dengan secepat-cepatnya.
 
4.  Untuk wanita-wanita bukan-Islam yang mengahwini lelaki-lelaki Muslim, adalah lebih bermanfaat bagi mereka (wanita-wanita ini) untuk menandatangani perjanjian pra-pernikahan terlebih dahulu. Ini akan membolehkan seorang wanita itu mendapat bahagiannya dan syer dari aset-aset (harta-benda dan warisan) sekiranya berlaku perceraian. Kita telah melihat bahawa walau di Barat pun ramai wanita mengahwini orang-orang Muslim hanya dengan upacara agama di masjid (tanpa mendaftar perkahwinan itu mengikut undang-undang sivil) maka apabila terjadi penceraian wanita itu akan tertakluk kepada hukum Syariah dan perkahwinan itu akan dianggap hanya sebagai satu kes bersekedudukan. Para peguam juga sering mengeluarkan wasiat mengikut hukum syariah untuk lelaki-lelaki Muslim di mana pihak wanita mendapat hanya sebahagian kecil daripada aset-ase atau hartat suami-isteri. Bagi wanita-wanita yang berada di luar negara-negara Barat, adalah juga perlu menandatangani perjanjian pra-perkahwinan untuk memastikan hak mengambil anak jika berlaku perceraian. Perjanjian-perjanjian pra-pernikahan (pre-nuptial agreement)  kini sudah menjadi amalan yang biasa di banyak negara di dunia.
 
5. Lebih daripada segala-galanya; “berdoalah tanpa berhenti” dan dapatkan sahabat handai untuk sama-sama berdoa. Serahkanlah keadaan itu kepada doa syafaat. Doakan Kuasa Tuhan akan bekerja di dalam keadaan seperti itu.
 
Menimbulkan Isu-isu Kerohanian Setelah Seseorang Menjadi Muslim

Di dunia barat, kita sering keraguan untuk bercakap secara terbuka mengenai kepercayaan agama kita. Dan sudah menjadi “peraturan kesopanan” agar orang jangan sekali-kali menimbulkan dua perkara, iaitu agama dan politik. Keadaan ini tidak berlaku di luar dunia barat, lebih-lebih lagi di dalam budaya Islam. Di dunia Islam adalah menjadi kebiasaan untuk berbincang mengenai perkara-perkara kerohanian, malah adalah dianggap tidak normal jika perkara seperti ini tidak ditimbulkan. Kehidupan harian dan agama begitu berkait rapat sehingga bagi seorang Muslim pemisahan antara dua perkara ini tidak mungkin berlaku. Oleh itu seorang Muslim akan tanpa segan bercakap mengenai kepercayaannya secara terbuka dan dia juga menyangka kita umat Kristian mempunyai keterbukaan yang sama. Sebagai orang Kristian, janganlah segan untuk berbual-bual atau berbincang mengenai kepercayaan Kristian dengan saudara-saudara Islam kita; tetapi kita hendaklah sentiasa berbuat demikian dengan kearifan dan sedar akan reaksi mereka mengenai beberapa ajaran-ajaran yang mungkin mereka kurang faham atau sudah salah-faham, selama ini.

     Bolehkah kita bertanya orang Islam tentang kepercayaan mereka? Tentu sekali boleh! Kita boleh menanyakan soalan-soalan mengenai kepercayaan mereka dan lain-lain aspek agama Islam. Selalunya adalah lebih bermanfaat bagi kedua-dua pihak untuk menghindarkan daripada berdebat mengenai teologi dan akidah kerana ini boleh membawa kepada kekusutan; contohnya boleh timbul pertelagahan untuk mendebatkan hal-hal Tritunggal atau kerasulan Muhammad. Perkara yang boleh berbicara dengan hati orang ialah perkongsian kesaksian peribadi kita atau jawapan-jawapan doa yang telah dikabulkan Tuhan kepada doa-doa kita. Hadiahkanlah kepada mereka senashkah Perjanjian Baru (PB) (kerana ramai sekali umat Islam hari ini tidak pernah membaca mahu pun menelaah kandungan Kitab Suci Injil atau PB itu!)) dan doakan agar Tuhan akan mencelikkan hati dan minda mereka.
 
Wajah Islam yang Tersembunyi

Terdapat banyak wajah agama Islam. Terdapat Islam tradisional yang menjelaskan persoalan-persoalan mengenai kehidupan, kematian, neraka, alam abadi, orang percaya dan orang tidak percaya. Inilah Islam yang kita sudah sedia kenali. Di samping ini terdapat satu Islam yang popular, atau pun penampilan Islam yang menjadi cara hidup, yang sering dipanggil “Islam rakyat desa” (folk Islam). Ia juga boleh diandaikan sebagai 'Islam kehidupan harian untuk orang-orang biasa'.

     Islam mungkin adalah sesuatu agama yang aneh dan rumit untuk difahami orang-orang barat, kerana ia melibatkan suatu alam yang penuh dengan makhluk-makhluk dan kuasa-kuasa jin-jin, roh dsbnya. Ia juga melibatkan para dukun/bomoh (orang-orang 'berilmu'), tangkal-tangkal dan azimat, sumpahan dan kutukan-kutukan, jin-jin (yang 'baik' dan yang 'jahat'), malaikat-malaikat dan kuasa-kuasa roh yang menjadi sebahagian dari kehidupan sehari-hari umat Islam. Terdapat amalan sejak zaman lampau, sehingga ke hari ini pun di mana sembahyang-sembahyang Jumaat di beberapa masjid menyelitkan doa-doa untuk mengutuk dan menghujat umat Yahudi dan Kristian. Jika seorang isteri Muslim tidak mahu suaminya mengahwini seorang isteri yang kedua dia akan pergi berjumpa dengan seorang pir/alim untuk memintanya agar membacakan kutukan untuk menghalang hasrat suaminya itu. Di Timur kota London terdapat iklan-iklan di akhbar-akhbar dan juga risalah-risalah yang dimasukkan ke dalam kotak-kotak surat yang menawarkan untuk menyelesaikan masalah-masalah harian dengan cara meletakkan kutukan dan sumpahan terhadap seseorang, dengan bayaran upah.

     Dunia Islam adalah dunia yang berbeza, satu dunia di mana kuasa-kuasa jahat adalah satu realiti. Satu dari kuasa ini ialah mata jahat ('the evil eye of Fatima'), kuasa yang orang-orang Muslim percayai boleh menghancurkan kehidupan orang. Konsep asas mata jahat ini datang dari kepercayaan bahawa setiap sesuatu yang berharga itu, sama ada ia orang atau benda, adalah sentiasa dapat dilukai atau dirosakkan oleh perasaan irihati orang lain. Rasa irihati ini dipancarkan dengan memandang kepada orang atau benda tersebut, maka sebab itu ia dipanggil mata jahat. Ini adalah kuasa yang membawa kesan yang berat terhadap kehidupan orang.

     Dalam satu acara perjumpaan kami, seorang wanita bernama Joan telah memohon kebenaran dari saya untuk menceritakan kisah luarbiasa mengenai sahabatnya yang bernama Barbara. Sahabatnya itu adalah seorang Kristian yang kuat imannya dan mempunyai pegangan akidah yang mantap, dan pernah menjadi seorang pemimpin di dalam Persekutuan Kristian (Christian Union) sewaktu dia di universiti. Selepas universiti dia telah bertemu dengan seorang lelaki Muslim yang pernah menjadi pelajar sekelas dengannya di sekolah. Selepas tempoh percintaan yang singkat, mereka telah berkahwin. Barbara telah mendirikan rumahtangga hanya lapan bulan apabila di satu pagi dia terjaga dengan tiba-tiba, terkejut bangun oleh fikiran yang dipenuhi ketakutan, “Apakah yang telah kulakukan?” Katanya dia merasa seolah-olah sesuatu telah jatuh dari atas tubuhnya dan ketika itu dia kembali kepada dirinya yang asal, orang yang menjadi dirinya sebelum ia berkahwin. Dia percaya bahawa terdapat satu kuasa iblis atau kongkongan sihir yang menghambat hidupnya. Kuasa ini telah tiba-tiba terpecah dan fikirannya ketika itu sudah terang dan satu belenggu telah jatuh dari dirinya. Hari itu juga dia mengemas barang-barangnya ke dalam beg, meninggalkan suami Muslimnya dan bercerai daripadanya.

     Satu daripada tindakan-tindakan yang pertama dilakukan oleh Muhammad ialah memecahkan salib-salib. Di beberapa negara Islam hari ini salib tidak dibenarkan di gereja-gereja dan kita sering mendengar bagaimana salib menyebabkan rasa tersinggung dan marah di kalangan orang Islam. Orang-orang Muslim percaya bahawa Isa (Yesus) akan datang kali yang kedua, tetapi mereka percaya Dia akan datang sebagai seorang Muslim dan satu daripada tindakan-tindakan pertama-Nya nanti ialah untuk membinasakan semua salib. Islam menafikan ajaran akidah yang sangat central dan penting kepada keimanan Kristian termasuk kewafatan Isa. di kayu salib, kebangkitan-Nya semula, keilahian-Nya, dan bahawa Dia adalah Putera Allah, yang semuanya dianggap sebagai kufur oleh Islam.
    
Bagaimanakah Kita Mendoakan?

Mengenai doa, kita harus menyedari bahawa kita berada dalam satu pertembungan rohaniah yang cukup hebat, dan perlu  dalam doa selalu menurut keperluan keadaan ini. Dalam  Efesus 6:12 kita membaca “Kerana pergumulan kita bukanlah menentang darah dan daging tetapi menentang pemerintah-pemerintah, menentang pihak-pihak berkuasa, menentang  kuasa-kuasa duniawi yang gelap ini dan menentang kuasa-kuasa roh jahat di dalam alam roh.”

     Kita perlu mengasihi dan mengambil berat tentang orang-orang Islam dan menyampaikan utusan Injil dengan mereka. Tetapi kita juga perlu menyedari pelbagai implikasi yang mungkin sekali akan menyusul apabila kita mempunyai hubungan yang rapat dengan agama Islam. Kita boleh menjadi terikat kepada Islam bila kita memasukinya dan lepas itu kita tidak lagi berupaya melihat Kristus. Mata mereka menjadi tertutup kepada isu-isu kerohanian. Islam adalah satu agama yang teratur, tetapi terdapat kuasa-kuasa roh yang bekerja di sebaliknya, dan kuasa-kuasa ini bukanlah kuasa-kuasa yang neutral (berkecuali) tetapi mereka berusaha secara aktif untuk menentang dan menghancurkan agama Kristian dan perkembangannya. Kita boleh lihat ini berlaku dalam penindasan-penindasan terhadap gereja di dunia Islam. Apabila seorang Kristian tampil menentang kuasa-kuasa kegelapan ini, itu tidak lain dan tidak bukan satu pertembungan rohaniah di antara Al-Masih dan Syaitan.

     Jika kita mahu mencapai penembusan di dalam kehidupan mereka-mereka ini yang kita kasihi itu, mereka yang sedang menimbangkan untuk menukar agama kepada Islam, kita perlu menggunakan doa, sembahyang syafaat dan perjuangan rohani, supaya kita mencapai pelepasan besar apabila bergumul dengan kuasa-kuasa gelap yang masih menghambat mereka. Kerana kerja Al-Masih yang telah selesai dan sudah beres di atas kayu salib, kita telah pun diberikan kuasa, hak dan otoriti ke atas kuasa-kuasa kegelapan. Kita perlu berdoa atas nama Sayidina Isa dan dengan kuasa darah Baginda yang tercurah agar kuasa-kuasa jahat dapat ditolak dan orang yang terikat dapat dilepaskan. Di dalam Zechariah 4:6 firman Allah berbunyi “‘Bukan dengan kekuatan, bukan dengan kuasa tetapi dengan Roh-Ku’ menyatakan Tuhan”.
 
Kesimpulan

    Sejak bertahun-tahun ini saya telah mengenali ramai wanita yang telah berkahwin dengan orang Muslim dan telah mendengar banyak kisah lain mengenainya. Dalam majoriti kes perkahwinan seperti ini tidak berpanjangan atau tidaklah hidup yang bahagia. Hati manusia begitu mudah mendusta; pada permulaan perhubungan kita boleh melihat perkara-perkara pada aspek luaran dan ianya nampak begitu menarik dan memukau, tetapi pada realitinya boleh merupakan satu jalan menuju kebinasaan dan duka lara. Sangat pahit rasanya apabila kita perlu menarik diri untuk melepaskan diri dari sesuatu pengalaman buruk dan menanggung perasaan kegagalan. kehampaan dan rasa kehilangan harga diri. Namun kadangkala wanita-wanita dalam keadaan itu mendapati bahawa adalah lebih baik mereka keluar dan memulakan kehidupan yang baru.

    Kita di Malaysia sudah pun alami kisah benar dan lagi amat menyedihkan kerana akibatnya yang telah memporak-porandakan institusi kekeluargaan yang suci itu! Apabila seorang ibu dipisahkan secara PAKSA daripada anak kandungnya sendiri (yang berumur kurang daripada lima tahun)! Dan terpaksa mengharungi 'pemulihan' iman yang cukup runcing di 'pusat-pusat pemulihan akidah' tertentu. Ini bukanlah satu pengalaman keibuannya yang wajar tetapi satu pencabulan hak asasi manusiawinya yang cukup fitrah!

     Dalam banyak karya-karya sastera, iktibar yang timbul daripada pilihan atau keputusan salah yang membawa kepada akibat-akibat buruk dalam hidup, misalnya kerana tindakan yang diperdayakan oleh lamunan 'perasaan menguasai pemikiran rasional' sudah lama menjadi tema yang lazim. Para wanita hendaklah berawas-awas selalu dari membuat keputusan-keputusan besar dalam hidup apabila mereka sedang melalui keadaan mabuk cinta dan dilanda tarikan seksual. Apabila wanita-wanita mengahwini lelaki-lelaki Muslim mereka mungkin berada dalam kegilaan lamunan cinta romantis sehingga mereka dihanyutkan daripada kenyataan, dan mereka kehilangan sementara keupayaan berfikir secara objektif mengenai apa akibat-akibat yang akan timbul terhadap mereka melalui perbezaan-perbezaan budaya dan agama di dalam rumahtangga itu nanti, dan juga apa kesan berat akan timbul dari masalah-masalah ini yang akan menimpa anak-anak.

     Wanita-wanita di barat dengan mudah sekali dapat diperdayakan sehingga mengahwini lelaki-lelaki Muslim walau pun atas matlamat "ada udang di sebalik batu" dan bukanlah untuk kebaikan atau kesejahteraan sejati wanita-wanita itu. Mereka ini mudah sekali menjadi sasaran oleh perancangan sulit untuk mengahwini mereka, dan walaupun ada wanita yang bersumpah ini tidak berlaku kepada mereka, ramai wanita yang berfikiran begitu akhirnya mendapati mereka sebenarnya tersilap. Mungkin juga terdapat pendustaan mengenai latar-belakang dan sejarah si lelaki itu. Lelaki-lelaki Muslim biasanya berkahwin sebelum mencapai umur 30 tahun, oleh itu seorang lelaki Muslim yang nampaknya bujang yang berusia lebih 30 tahun berkemungkinan sudah pun mempunyai sekurang-kurangnya seorang isteri atau merahsiakan hakikat mengenai sejarah diri. Hakikat bahawa dia mahu berkahwin secepat mungkin selepas berkenalan atau mahu berkahwin secara rahsia besar kemungkinan bermakna dia menyembunyikan sesuatu niat  terpendam dalam rancangannya untuk menikah.

     Jurang budaya di antara dunia barat dan Islam juga adalah sangat lebar. Ramai wanita tidak pun menyedari bahawa lelaki-lelaki Muslim mempunyai norma-norma dan kemahuan-kemahuan dalam jiwa mereka yang mereka akan dapati mustahil untuk diubah. Ramai wanita berfikir lelaki akan berubah apabila sudah berkahwin atau wanita-wanita itu akan dapat mengubah mereka, tetapi ini jarang sekali berlaku. Yang sering berlaku ialah hakikat bahawa pihak wanita juga yang akan terpaksa menyesuaikan diri dan menerima budaya suami mereka serarus peratus.

     Seorang wanita yang berkahwin dengan seorang Muslim tidak lagi akan dapat berkelakuan atau kebebasan dengan cara yang sama seperti wanita-wanita lain di barat, kerana seluruh hidupnya akan tertakluk kepada  prinsip “maruah atau malu”. Dia tidak mempunyai kebebasan di kalangan sahabat handainya untuk membincangkan secara terbuka  segala kesusahan dan masalahnya, kerana itu akan membawa malu kepada keluarga. Dia juga tidak dapat melakukan perbualan atau menjalin apa pun jenis persahabatan dengan mana-mana lelaki, kerana ini akan dipandang sebagai “mempunyai hubungan sulit”. Dia akan terpaksa menerima bahawa dalam mengurus keluarganya, anak-anak lelakinya adalah lebih penting daripada puteri-puteinya dan mempunyai status yang lebih tinggi dalam masyarakat Islam. Dia akan terpaksa menyedari bahawa suaminyalah yang mempunyai otoriti mutlak di dalam keluarga dan dia akan menghadapi sekatan-sekatan keras terhadap apa juga percubaannya untuk menyatakan pendapat atau pendirian. Ramai lelaki Muslim mengahwini wanita-wanita barat yang jauh lebih tua dari mereka, dan tidak dianggap luarbiasa jika perbezaan umur mereka hingga 15 tahun atau lebih. Bagaimanapun adalah dianggap tidak sesuai dalam budaya Islam jika seorang isteri lebih tua dari suaminya, dan ini dipandang serong. Seorang wanita yang menimbangkan untuk berkahwin dengan seorang lelaki Muslim yang lebih muda harus bertanya kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya dia mahu mengahwini aku?”

     Ramai wanita tidak menyedari bahawa bila mereka mengahwini seorang Muslim adalah menjadi tradisi bagi pasangan itu pergi tinggal bersama ibubapanya di rumah mereka. Di sini dia akan terpaksa melakukan semua kerja-kerja dalam rumah dan memasak dengan pengawasan yang rapat oleh ibu mertua, dan dalam banyak keluarga si isteri akan dianggap tidak lebih dari seorang hamba abdi. Apa yang tidak pernah disebut ialah di sebilangan masyarakat Muslim, seorang suami akan mempunyai kasih sayang yang lebih terhadap ibunya daripada terhadap isterinya, dan di sinilah kepatuhan dan kesetiaannya terletak.

     Langkah untuk memeluk agama Islam akan mempunyai kesan dan akibat yang serius terhadap keluarga dan sahabat handai. Keluarga-keluarga mungkin akan memandang tindakan itu sebagai tindakan untuk memecah-belahkan  mereka atau meletakkan batu pemisah antara ahli-ahli keluarga. Seorang ibu mungkin akan mendapati dirinya amat susah untuk menerima seorang anak perempuan yang sudah menjadi Muslim dan memakai pakaian Islam yang "menutup segala aurat", seperti burqa dan hijab. Dia mungkin sekali akan merasa kehilangan seorang puteri kesayangannya.

     Kini semakin menjadi kebiasaan apabila seorang gadis mengahwini seorang lelaki Muslim dia akan memutuskan hubungannya dengan keluarga. Ia sering berlaku secara beransur-ansur dan ini mungkin menjadi petanda bahawa suasana perkahwinannya semakin buruk, atau si suami bertambah kolot dan ada banyak hal-hal lain yang mendesak. Si suami mungkin menuntut agar si isteri memakai hijab, tudung atau burqa atau dia semakin mengongkongnya di dalam rumah. Dia juga mungkin mendesak agar si isteri memutuskan hubungan dengan keluarga asalnya sama sekali. Semua ini boleh menjadi satu tekanan yang berat kepada si isteri dan keluarga asalnya yang tidak faham apa yang sedang berlaku. Pihak isteri akan hidup dalam sangat ketakutan dengan apa yang berlaku di dalam rumahtangganya dan merasa terlalu gementar untuk memberitahu sesiapa pun. Saya sendiri mengetahui kisah seorang wanita yang menderita tekanan-tekanan yang menyiksakan ini. Dia mendapati dirinya amat sukar untuk makan dan menjadi semakin kurus. Jika keadaan ini berlaku adalah bijak bagi pihak keluarga mengunjungi orang itu sewaktu siang apabila suaminya berada di tempat kerja. Adalah sangat perlu agar hubungan dan dialog dijalinkan di antara mereka.
    Akhir kata, adalah jauh lebih memanfaatkan bagi semua pihak jikalau pihak bukan-Islam dimaklumkan segala fakta-fakta serta akibat-akibat yang relevan tentang tindakannya mahu menikah dengan seorang beragama Islam, terlebih dahulu. Oleh sebab, Islam tidak mengamalkan kebebasan beragama yang sebenar atau sejati!  Islam adalah 'agama jalan sehala' atau 'one way street religion'. Tidak seperti agama-agama yang lain, seperti agama Kristian, yang tidak mengutuk, menganiaya dan 'menghentam' dengan kerasnya bekas penganut-penganutnya. Islam mengadakan larangan yang sangat keras ke atas orang Islam yang mahu meninggalkan agama itu. Menurut sunnah Islam sendiri, mereka yang keluar dari Islam harus dijatuhkan hukuman mati! Oleh itu, jika seorang wanita bukan-Islam telah diceraikan oleh suami Islamnya (dan wanita itu sudah pun masuk Islam untuk berkahwin dengannya), dan dia mahu kembali kepada agamanya yang  asal (bukan Islam), dia terpaksa mengharungi banyak sekali rintangan-rintangan dan kesusahan yang cukup pahit - seperti kehilangan anak-anaknya, kehilangan haknya atas apa-apa harta benda atau warisan pusaka daripada bekas suaminya dan kerumitan-kerumitan yang lain! Hal-hal seperti inilah HARUS diperjelaskan terlebih dahulu kepadanya.