tujuan sy tulis nie bkan nak jadikan midium..politik mn2 pihak bkan nak sokong kerajaan @ pembangkag x berotak.....
nie sy dapat dr sumber yng dirahsia kan...harap geng paham...dgn isi kandungan....dalam...pertikan nie....
sy ulang sy bkan penyokong parti politik kerajaan mahupon pembangkang!!!!!!!!!
dan JANGLAH GENG INGAT SY SOKONG MAT SABU ,,,,,,SAME SKALI SALAH...!!!!!
“Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran
penjajah” – itulah ungkapan untuk menggambarkan negara kita walaupun
telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh
dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga
dengan apa yang ditinggalkan penjajah. Apa yang menyayatkan hati ialah
kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas
berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.
Manakala
golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima
segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang
sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan
mereka sebagai hero.
Seluruh fakta sejarah yang bersama
Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan
bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa
Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut
“Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair” sehingga bertukar
menjadi “Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair”
sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak
diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.
Dalam bab menjaga
Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam
bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama
yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi
kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi
negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi
dan kekeluargaan.Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi
agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai
enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama
menyebabkan agama Islam ditertawakan.
Banggakah kita sesudah
54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama
dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan
masih teraba-raba mencari jalan keluar? Setiap kali menjelang
pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata
sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum
masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin
oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.
Akhir-akhir
ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan
polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah
telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat
seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan
merekalah jugalah hakim.
Terbaru, timbul pula desakan
menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata
kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tiada
pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam
konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan
sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas
54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan.
Ini
bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup
mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu
sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk
mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan
perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan
juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan
mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa.
Sekiranya perlu Mat
sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang
hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan
buku Pengukir Nama Johor, yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk
Abdul Ghani Othman sebagai “penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan
kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah
maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan
pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan” yang
mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.
Bagaimana pula dengan
kerakyatan Abdul Ghani apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku
yang dinaungkannya sebagai “bahan kajian di atas prinsip kebenaran
akademik” pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk
meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri? Desakan ini
juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam
mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.
Kalau
diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang
apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan
kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang
kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga
asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa
kepada negara.
Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee “fening, fening.”
SUMBER: DI RAHSIAKAN!!....
No comments:
Post a Comment